U K H U A H

18 June 2012

Ini Soal Hati dan Perasaan :'(


Assalamualaikum ♥

tahukah anda yang harta benda kita sebenarnya mempunyai perasan dan naluri keibuan juga kebapaan. lagi lagi handphone yakni makhluk bernyawa bateri yang amat rapat dengan kehidupan seharian kita semua. pergi sana bawa handphone, pergi sini bawa  handphone, pergi sinun pun bawa handphone.

maka, disebabkan Sang Handphone amat sebati dengan diri kita, maka, beliau akan sentap tak ketahuan hala kalau memperkotakkatikkan beliau.

dan kesannya apabila kita mempermainkan perasaan henset kita, beliau dah tak nak berjasa mahupun bekerjasama lagi dengan kita. sebijik kes kalau bos herdik kita depan pekerja lain, mesti touching kan. kau ingat ko bos, aku tak leh sentap?

ooo. macam tu la. .

dah begitu juga kes aku sekarang. baru seminggu lepas , aku gurau manja manja dengan adik aku, konon konon nya, aku sayang lagi samsung ace yang aku beli baru baru nie. dah la masa tu cakap depan henset lama aku. maka,semalam, phone aku sentap.

screen putih berseri. jenuh aku touche sana, touche sini. sampai hilang kesabaran seorang wanita, rasa macam nak sepak laju laju henset aku tu. tapi tuntas, tetap rosak aku tahu. ni angkara aku yang tak mengamalkan peribahasa :

cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar

* oo. berguna juga peribahasa aku belajar masa Tingkatan 3 dulu kan. *

padahal dalam hati aku, aku nak simpan lagi henset nienak simpan sampai  Konvo kononnya. walaupun aku tahu henset aku henset Cap Baling Kambing Tak Mampus, tapi, gua guna duit gua sendiri kottt. .

sekarang, aku tengah bersedih. bermuram durja. bergundah gulana. oleh kerana, henset itu adalah suku dari nyawa aku. .

aku pasrah dengan ujian ini. Redha itu ikhlas menerima, pasrah tu, berserah! kata Mila Ombak Rindu. oo. maaf. mood Ombak Rindu tak habis lagi. hikhik . :D 

No comments:

Post a Comment