U K H U A H

22 June 2012

Allah with US

Assalamualaikum 


Hari nie hari jumaat persamaan dengan dua sya'ban *terasa alim pulak bagitau tarikh islam neh --' . Hari Jumaat adalah penghulu segala hari . Berlakunya Kiamat punn pada Hari Jumaat jugak . SubhanaAllah , betapa mulianya hari Jumaat nieh . rugilah bagi sesiapa yang mensia siakan hari ini . iaitu Hari Jumaat . 


Hmmph korang pernah rasa KOSONG tak kat dalam hati korang ?*bukan lagu najwa latip tu . Maksud aku KOSONG yang macam tade ape ape perasaan dalam hati kita nieh . Yep ! dan semalam juga aku rasa KOSONG even aku tengah meseg dengan orang aku suke punn aku rasa kosong, tade perasaan teruja macam sebelum sebelum nie . 


KENAPA ? jawapannya ada pada IMAN kita . tepuk dada tanya Iman , jangan tanya Aiman , nanti Aiman jawab AIMAN TAK KISAH = = . Baru aku tersedar dari lena yang panjang dimana selama nie aku lalai sangat dengan kehidupan di dunia nie . Aku lupa tanggungjawab aku sebagai Hamba Allah . Aku lupa Tanggungjawab aku sebagai Manusia , Aku lupa Tanggungjawab aku sebagai Anak . Asstafirullah. .


dan Alhamdulillah , aku masih bernafas , dan masih diberi petunjuk Allah , yang dimana jadi manusia bukan untuk mensia siakan kehidupan , selagi hayat dilkandung badan , selagi tu lah Allah selalu dengan kita 


 Bak kata pepatah..

"...hidup tak selalunya indah, laut tak selalunya tenang dan hari tak selalunya cerah. Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah DIARI kehidupan.."

Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. Ada cerita di sebaliknya. Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa..

Sedar dan yakinlah kita dalam apa keadaan sekalipun, ALLAH s.w.t sentiasa dengan kita. Walhal, kita yang selalu jauh diri dari dan lupa ALLAH. Mungkin ada masanya kita terleka dengan sepoi angin bahagia dunia yang sementara atau mungkin kita berada di puncak kebimbangan yang sangat hampir dengan gaung kegagalan dan kekecewaan. Dengan semua ni.. kita jauh dari ALLAH. astaqfirullahal'azim...

TERLALU BAHAGIA AKAN MEMBUAT KITA MUDAH TERLENA, TERLALU SEDIH PUNCA KITA MUDAH TERBABAS KE LORONG SURAM.

Hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. warnai hidup kita dengan mekarnya bunga senyuman. dinginkanlah hati dengan salju ketabahan. Yang penting, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkanlah lagi dengan SENTUHAN KEIMANAN.. hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih berharga.. pasti usia yang berlalu setiap saat tidak sia-sia kerana ALLAH sentiasa bersama kita setiap saat, setiap detik dan setiap masa..
SUBHANALLAH..indahkan hidup berlandaskan keimanan.

 Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful


:: wallahu'alam ::

No comments:

Post a Comment