U K H U A H

25 June 2012

Menhintung Hari


Assalamualaikum 





tak tak! ni bukan nak cerita pasal lagu bekas bini Anang tu. bukan pasal lagu Menghitung Hari yang aku pernah nangis leleh leleh hingus masa dengar kat Era takkala baru 3 saat putus cinta. tak tak. tak mungkin nak cerita pasal lagu tu.

lagi lima hari jee,  cuti aku akan berakhir. bermaksud, aku akan selow selow dengan penuh dramatik akan tarik beg besar gedabak "beg besaq nooo mcam tamau balik rumah dah- kata emak" pulang ke Kolompo untuk mencari ilmu bekal dunia akhirat. sobbsobb. T_T

sebentar tadi, aku dan emak dan mak ngah dan tok cik dan beberapa ekor nyamuk tanpa undang dalam kereta pergi beli belah di pasaraya. penat pun tak hilang, lenguh tumit kaki akibat beriya pakai heels vogue padahal nak cari bawang saja kat pasaraya, pun tak hilang juga.

bersambil beli barang dapur, aku kalut kalut beli barang nak balik ke kampus. masa ni adalah masa paling ideal untuk beli dengan kuantiti yang banyak kerana dengan adanya bank bergerak. terima kasih emak aka bank bergerak.
tak pasal pasal nanti .

waktu ni, aku rasa macam tak nak lekang dari emak. nak makan pun mesti emak teman, tidur dengan emak, dan banyak habiskan masa dengan berborak dengan emak. waktu ni juga aku rasa masakan emak adalah terbaik. walaupun semalam emak cuma goreng telur dan tuang kicap . mak aku masak sardin sebenarnya tapi disebabkan aku tak makan sardin. jadi itulah habuannya terbaik. --'

cepat nya waktu berlalu. tup tup dah dua bulan yang dimana persamaannya adalah enam puloh hari aku cuti semester. tak adil sangat. padahal masa tengah kuliah, sehari pun macam ada 78jam. 

hmm.. mood berkecamuk! emosi tidak stabil! hati gundah gulana! fikiran tidak menentu! teruk kan :'(

No comments:

Post a Comment