U K H U A H

01 September 2013

# Semoga

Assalamualaikum. . .


Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka" 
-An-Nur 24:31-

Hati ini sedang berlawan dengan nafsu . dan sensugguhnya nafsu itu amat sukar dilawan dari syaitan yang direjam. .

Ya aku tahu aurat wanita dengan bukan muhrim keseluruhan anggotanya kecuali muka dan tapak tangan.aku hanya memakai tudung bawal yang saiznya tidak mampu menutup dadaku, tetapi alhamdulillah aku tidak lagi keluar rumah dengan baju berlengan pendek.dan baru baru nie perasaan aku sangat kuat untuk memakai stokin dan labuhkan tudungku serta aku jugak sudah belajar longgarkan pakaianku, sehinggakan aku sudah beli dua pasang stokin dan dua helai tudung bawal bidang 60 tapi hanya menjadi perhiasan didalam almari. aku berperang dengan akal dan hati serta nafsu berkata. "Masih awal lagi. nanti orang cakap apa pulak." ada jugak akal bersuara " ini sekejap saja. hanya sementara kau nak berubah"  tapi jauh di dasar hati mengatakan "Ya aku perlu berubah!" dan perasaan was was menguasai diri, mana satu yang patut aku dengar nie! ? 

Sabda Rasulullah s.a.w "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti terlanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki anjnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (Riwayat Muslim)              

"Aku menjengguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakkan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias". (Hadis Rasulullah ketika baginda dalam israk dan mikraj)

Dan kini aku percaya dan yakin yang mana satu patut aku dengar. 


"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,(akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka kekal didalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik didalam  'Syurga-Adn' serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." [Surah at-Taubah,72]

No comments:

Post a Comment