U K H U A H

28 October 2012

Sudut Renungan Bersama :)

Assalamualaikum. .

KITA CAKAP. . .
          KITA BUAT. .

Ala. .setakat cakap semua orang boleh cakap tapi berapa ramai yang buat apa yang di ccakapkan itu. Kalau kita lapar, setakat kita cakap nak makan tapi kita tidur tak kenyang juga . So kena makan dulu barulah kenyang kan takk gitu ? . .sama lah macam cakap , setakat cakap tapi tak buat mana nak dapat hasilnya beb. .

  Kita cakap kita sayang islam tapi kita buat semua yang islam larang
 Kita cakap kita percaya Allah tapi apa yang Allah suruh kita tak buat
 Kita cakap kita sayang Nabi tapi ajaran Nabi semua kita tinggalkan
  Kita cakap maksiat itu berdosa tapi itulah yang kita buat hari hari
  Kita cakap nak masuk syurga tapi amalan kita macam nak ke neraka

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud 

" Ada empat perkara,sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianati , apabila bercakap ia berdusta , apabila ia berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengetepikan kebenaran ( menegakkan benang yang basah ) "

~ Hadis Riwayat Ahmad




Perintahkan kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkannya dan larangkan kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhi seluruhnya. . .Allahhualam sekian :)

No comments:

Post a Comment