U K H U A H

12 June 2012

KHAS UNTUK ABAH *walaupun dia tak pandai nak bukak blog nehh :D



SIAPA DIA?

Dia takkan biar kami lapar, kami menangis .
Dia takkan kata TIDAK bila anak-anak meminta .
Dia garang , macam kat PLKN, tapi kami semua tetap mahukannya bila bila masa .
Dia suka membantah , tapi kami tahu. .semua itu sebab dia mahukan kami jadi yang terbaik . .
Dia sentiasa menyokong emak, walaupun kadang kadang nampak macam terpaksa. .hehhe
Dia sentiasa sayangkan emak dan anak-anak.
Dia suka belikan kami apa yang kami minta, sedangkan bajunya sendiri tak pernah bertukar.
Dia marah emak kalau emak terlewat sembahyang . Dia selalu ingatkan emak jgn tidur dalam keadaan terhutang pada Tuhan. (belum sembahyang).
Dia pendiam , dia suka perhati kami adik beradik sambil gulung rokok daun. .
Dia seorang yang menyenangkan hati.
Dia berani. tu sebab dia jadi askar dulu
Dia jarang sakit . Dialah yang selalu jaga kami.
Dia pujuk emak bila emak dikata , tapi dia takkan diam bila emak di perkotak-katikkan.
Dia yang siapkan keperluan emak . Dia tukang isi air masak untuk emak minum.
Dia juga seperti guru besar yang garang ketika paksa emak dan kami makan ubat sebab semuanya takut makan ubat.
Dia tidur selepas emak dan semua anak anaknya tidur
Dia sangat sangat istimewa. . dan kami takkan boleh sangkal itu.
Dia itu adalah imam kami. Dan kami sangat memerlukannya setiap saat.

SIAPA DIA ?

Dia itulah ABAH KAMI lima beradik. . . .UTEH SAYANG ABAH SANGAT SANGAT. . .
Dan kasihnya adalah lebih daripada apa yang dia selalu buat di atas. 
Kami sayangkannya dan Ya Allah , Kau berkatilah hidup ABAH kami . Sihatkan tubuh badannya , murahkan rezekinya dan panjangkan umurnya. . AMINN 

OUR HERO ! :)


p/s : menitis air mata kalau baca entry nie Y.Y btw sorry gamba blurr. .

No comments:

Post a Comment