U K H U A H

20 May 2012

Masalah Jiwa

Assalamualaikum  

dah setengah bulan, eh, baru setengah bulan aku kat Johor untuk cuti semester dua bulan. ya ya kawan kawan. dua bulan. bukan tiga minggu yang pelajar selalu tak reti nak bawa bersyukur "cis, cuti tiga minggu, buat taik hedong pun tak sempat"

ni cuti dua bulan, ada pulak buat rusuhan dengan hati sendiri "bapak arr lama cuti ni, lebih baik bagi cuti sampai berjanggut" . a'ah. aku la tu. ^^"

huru hara betol kepala otak aku ni. kalau tengah belajar, jauh dari kampung, dok Kolompo, nak je buat solat hajat mintak kat tuhan supaya jadikan jarum jam tu eksaited sikit nak bergerak. ni tak, makin tengok makin menjadi jadi siput nye. lambatnya nak cuti. rindu membawa nak separuh mati kat emak. kudusnya hati ni.

padahal, hakikat sebenar takde la sekudus di perenggan di atas. berdoa agar cepat sikit cuti dengan harapan siyes kemain tinggi nak menternak taik mata kat rumah, nak mencekik sampai kenyang, dan semestinya nak juga lupa diri pasal buku buku. ha? buku? assignment? ape tu?

tapi, bila dah kat kampung ni, setelah khatam buat semua wishlist di atas......

aku rasa macam penderaan mental. ni baru setengah bulan kat johor, nuhhhh, ada lagi berapa juta saat lagi nak habis cuti semester. lamanya. rindu nak balik Kolompo, rindu nak kalut kalut buat esaimen akibat riang melebihi masa siap kena tolak dua markah sebab hantar lewat satu jam.

rindu nak bepeleseran dengan rakan taulan di sana di sini, rindu nak rasa penat kemain akibat ada kelas, rindu pakai cantik cantik membajet awesom padahal nak beli cungkil gigi je kat Mid Valley. 

rindu juga nak berebut rebut dengan orang sekeliling ketika nak menaiki LRT sambil mki maki . 

tak pernah berjenis aku ni.

tu la masalah aku, bila dah sibuk kemain kat kolej, teringin nak mampos balik kampung, bersyukur gila kalau ada masa lapang satu hari, padahal sekarang bila dah cuti, banyak tak ketahuan hala masa lapang, rasa rindu pulak nak balik Kolompo. rindu sibuk. tak reti bersyukur sungguh. kan. . hee .

 terima kasih kalian semua kerana sudi singgah. jasamu dikenang. sebagai hadiah, terimalah pantun tak berapa banyak kerat ini dari aku

Pen Merah Pen Biru,
Mak Marah, I ♥ You.

EH ? 

No comments:

Post a Comment